Hina TYT Sabah Di Media Sosial, Lelaki Dipenjara Lapan Bulan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana menghina dan memburuk-burukkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, menerusi aplikasi WhatsApp.

Majistret Afiq Agus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Jolay Bonar, 51, mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melalui perkhidmatan aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nombor telefon 018-7816717 telah memuatnaik satu hantaran menghina dan memburuk-burukkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 22 November 2019 di satu ‘WhatsApp Group’ iaitu UMPASTAR PRU 15.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Abdul Halim dan Jolay tidak diwakili peguam. – Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *