134 WNI Terkandas Di Sabah Dibenar Pulang Hari Ini

Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo. (tengah)

TAWAU: Seramai 134 warga negara Indonesia (WNI) yang terkandas di Sabah menarik nafas lega selepas dibenarkan pulang ke wilayah masing-masing melalui Terminal Feri Tawau, di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati majoriti warga Indonesia itu berada di negeri ini hampir dua bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Antara Warga Indonesia yang dibenar pulang hari ini.

Pesara guru, Takri Lagga, 68, berkata dia bersyukur dapat kembali ke kampungnya di Wilayah Enrekan, Sulawesi Selatan Indonesia, kerana sudah lam terkan das selepas menziarahi keluarga di sini.

“Ahli keluarga di kampung pada mulanya agak risau kerana sejak PKP fasa pertama lagi saya tidak dapat pulang.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini dapat pulang seterusnya berharap dapat menyamput Aidilfitri bersama keluarga di kampung,” katanya.

Sementara itu, Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo, berkata pihaknya prihatin dengan keluhan warganya yang terkandas di Sabah.

“Kami berjaya mengumpulkan 168 warga dari beberapa daerah yang mendaftar di KRI Tawau dan mendapat kelulusan kerajaan negeri, sebelum penyelarasan dibuat bersama agensi yang berkaitan untuk membawa mereka pulang.

“Semua yang pulang hari ini sudah menjalani ujian saringan kesihatan dan disahkan sihat oleh pihak hospital sebelum dibenarkan menaiki feri,” katanya kepada media di sini.

Sulistijo berkata, mereka menaiki dua buah feri iaitu MV Purnama Ekpress dan KM Franciss Ekpress sebelum menyambung perjalan ke wilayah masing-masing di Pare-Pare dan Kalimantan Utara di Nunukan Indonesia.- Berita Harian

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Kesemua penumpang wajib melalui khemah penyembur cecair pembasmi kuman sebelum menaiki feri.
Kesemua penumpang wajib melalui khemah penyembur cecair pembasmi kuman sebelum menaiki feri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *