Sabah Catat Kluster Baharu Covid-19

Dr Christina Rundi

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan satu kluster baharu dalam kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata ia berikutan dua penambahan kes positif Covid-19 membabitkan penuntut IPT di daerah Kota Kinabalu, semalam.

“Dua kes ini adalah pelajar di institusi pengajian sama dengan kes yang dilaporkan pada 12 Mei lalu.

“Secara keseluruhannya, setakat ini terdapat tiga kumulatif kes bagi kluster terbabit di negeri ini.

“Bagaimanapun, semua individu yang terlibat sudah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan,” katanya.

Christina berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti kawalan dan pencegahan di IPT bsrkenaan masih giat dilaksanakan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Terdahulu, Sabah merekodkan 330 kes positif Covid-19 setakat semalam.

Sementara itu, 58,475 ujian telah dijalankan membabitkan sampel di seluruh negeri sehingga kelmarin. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *