Tikam Isteri Hamil, Campak Bayi Ke Gaung

Anak dan Isiteri (kiri), Adam Slater (kanan)

Seorang lelaki dari California seperti dirasuk syaitan apabila membunuh bayi perempuannya berusia 12 bulan dengan mencampak mangsa ke dalam gaung di tepi lebuh raya.

Portal The Independent melaporkan, sebelum kejadian itu, Adam Slater, 49, turut menikam isterinya yang sedang hamil anak kedua mereka.

Madalyn Payton Slater – Foto Agensi

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta di gereja di Indian Wells.

Suspek kemudian melarikan diri dengan membawa bersama bayi perempuan mereka, Madalyn Payton Slater.

Bagaimanapun, kenderaan dinaiki mereka terbalik di satu lokasi di lebuh raya dekat Coachella Valley.

Ketika itu, seorang pengguna lebuh raya memberhentikan kenderaan untuk membantu dua beranak berkenaan.

Namun, tindakannya hanya mengundang padah apabila dia pula ditikam oleh Slater.

“Suspek dilihat berlari ke bahagian penumpang kenderaan dan bertindak menikam seorang lelaki yang cuba membantu menyelamatkan seorang bayi.

Keadaan kereta yang digunakan suspek.

“Beberapa saksi melihat suspek membawa bayi itu dan melemparkannya dari tebing ke dalam gaung. Suspek kemudian melarikan diri,” kata Jabatan Sheriff Riverside County dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian, polis berjaya menahan suspek di Palm Desert.

Slater yang juga pesalah seks kini ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam pada itu, isterinya dilaporkan terselamat selepas menerima rawatan di hospital.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *