681 Penduduk Taman Aman Jaya Disaring Covid-19

Penduduk Taman Aman Jaya, Lahad Datu menjalani saringan Covid-19. Gambar Ihsan PDRM

LAHAD DATU: Seramai 681 penduduk Taman Aman Jaya dekat Lahad Datu, menjalani ujian saringan pemeriksaan Covid-19 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya membantu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengawal dan menutup sementara lokasi terbabit.

Menurutnya, kawasan itu tidak dikategorikan sebagai lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ia hanya penutupan sementara dan 30 anggota polis terbabit membantu petugas KKM.

“Seramai 681 penghuni kira-kira 120 rumah diperiksa. Selepas pemeriksaan selesai jam 11 pagi, lokasi berkenaan dibuka semula,” katanya pada kenyataan.

Nasri berkata, 315 sampel diambil untuk pemeriksaan lanjut.

“Ada kes import Covid-19 dilaporkan di lokasi terbabit dan disebabkan itu, saringan berkenaan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Lahad Datu mencatatkan empat kes import pada kelmarin dan semuanya dipercayai kes membabitkan rakyat Sabah yang pulang dari Semenanjung. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *