Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam

gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini, meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada semua kakitangan awam Gred 56 ke bawah, manakala pesara pula menerima RM250.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Abd Rahman, berkata bayaran bantuan khas itu akan dibuat kepada semua yang layak menerimanya pada 20 Mei ini.

Beliau berkata, bayaran itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *