12 Individu Ditahan Sedang Sabung Ayam Di Sandakan

SANDAKAN: Polis menahan 12 lelaki yang leka bermain sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit, di Batu 18, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan melakukan operasi susulan maklumat orang awam mengenai aktiviti judi berkenaan.

Ketika tiba di lokasi, semua suspek dipercayai sedang leka bermain, sebelum diberkas dan dibawa balik ke IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.

Turut dirampas dalam serbuah itu adalah 12 ekor ayam yang digunakan dalam aktiviti judi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Peraturan 12 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *