Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Tiada kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah hari ini dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 317.

Bagaimanapun, kes aktif di negeri ini meningkat satu kes menjadi 27 berbanding 26, semalam selepas jumlah kes yang dirawat semula bertambah satu kes.

Statistik berkenaan disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,604, Kuala Lumpur (1,423), Negeri Sembilan (726), Johor (667), dan Sarawak (543) – Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *