Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Tiada pertambahan kes Covid-19 dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 317.

Sementara itu, seorang lagi pesakit jangkitan wabak itu di negeri ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 281.

Perkembangan itu juga menjadikan jumlah kes aktif yang masih dirawat menurun satu kes iaitu sebanyak 32 berbanding 33, semalam.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, hari ini.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,586, Kuala Lumpur (1,404), Johor (667), Negeri Sembilan (653), dan Sarawak (538). – Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *