Covid-19: Tiada Kematian, 88 Sembuh Discaj Hospital Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. –

PUTRAJAYA: Sebanyak 88 kes pulih dan dibenarkan pulang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 4,864 kes atau 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kes baharu COVID-19, sebanyak 68 kes dilaporkan dan daripada jumlah berkenaan 57 kes bukan dalam kalangan warganegara.

Katanya, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu sebanyak 6,535 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 1,564 kes.

“Ingin dimaklumkan bahawa daripada 68 kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat kes import dilaporkan iaitu tiga kes dari United Kingdom dan satu kes dari Amerika Syarikat.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 64 kes, di mana sebanyak tiga kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian yang dilaporkan hari ini dan jumlahnya kekal sebanyak 107 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *