Covid-19: Kes Ke-82 Di Tawau Kontak Rapat Isteri Di Felda Sahabat

KES KE 82 COVID19 DI TAWAU WARGA ASING, KONTAK RAPAT ISTERI DI FELDA SAHABAT

TAWAU; 08 MEI 2020 (Jumaat): Seorang lelaki warga Indonesia anggaran umur 60-an merupakan kes 82 di Tawau dilaporkan Positif COVID-19, semalam.

Pegawai kesihatan Kawasan Tawau, Dr G. Navindran berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah perjalanan dari Indonesia selain merupakan kontak rapat kepada isterinya yang sebelum ini disahkan Positif wabak terbabit di Lahad Datu.

Katanya, lelaki berkenaan juga mempunyai sejarah perjalanan ulang-alik menemui isterinya dari Tawau ke sebuah ladang di Felda Sahabat Lahad Datu.Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Tawau.Sementara itu, Dr G Navindran turut memaklumkan bahawa kira-kira 95 ahli keluarga serta jiran tinggal berhampiran kediaman lelaki berkenaan di Kampung Pasir Putih telah menjalani saringan COVID-19.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *