Polis Sahkan Maklumat Pelaksanaan PKPB Di Tawau Palsu

Peter menafikan mengeluarkan kenyataan ini.

TAWAU: Polis menafikan mesej tular di media sosial Facebook dan Whatsapp mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, beliau kesal dengan penyebaran maklumat palsu berkenaan yang turut menyatakan ‘tuan OCPD (Ketua Polis Daerah) Tawau’ merujuk kepada dirinya mengesahkan perlaksanaan PKPD bermula semalam.

PETER UMBUAS

“Salam semua, itu bukan kenyataan OCPD TAWAU – FAKE FAKE FAKE (palsu, palsu, palsu),” katanya ketika menjawab pertanyaan media berhubung penularan mesej tersebut.

Antara kandungan mesej yang dimuatkan di sebuah portal Facebook menyatakan tiada had masa pergerakan 6 pagi hingga 6 petang dan orang ramai dibenarkan melakukan pergerakan selepas jam 6 petang.

Selain itu, ia turut menyatakan kebenaran empat orang dalam satu kenderaan, pergerakan ke luar daerah tidak memerlukan surat kebenaran daripada pihak berkuasa dan polis tidak akan menahan seseorang berada di pekan (bandar) selepas jam 6 petang.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan semula dilakukan mesej yang dimuatnaik dalam sebuah portal Facebook itu tidak ditemui, dipercayai dipadam oleh pemilik akaun berkenaan. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *