Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Boleh Buka

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak membenarkan kedai gunting rambut beroperasi berikutan terdapat kes di luar negara yang mana virus berkenaan menjangkiti individu yang menggunakan perkhidmatan terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya perlu memantau situasi COVID-19 di negara ini dengan teliti sebelum membenarkan beberapa sektor untuk beroperasi semula secara berperingkat.

Dalam tempoh dua minggu kementerian akan melihat sama ada terdapat pertambahan kes atau sebaliknya sebelum boleh membenarkan sektor lain untuk beroperasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *