70 Telah Pulih, Tawau Berbaki 10 Kes Aktif Masih Dirawat

TAWAU; 4 MEI 2020 (Isnin) – Daerah Tawau merekodkan pertambahan empat pesakit covid-19 telah sembuh dan discaj semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 70 orang.

Ini menunjukkan Tawau hanya berbaki 10 kes aktif yang masih dirawat dan dalam pengawasan di wad Hospital Tawau.

Melalui laporan perkembangan pesakit covid-19 bagi negeri Sabah yang dikeluarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah semalam, Tawau masih kekal sebanyak 81 kes secara keseluruhan.

Angka tersebut merupakan prestasi baik bagi Tawau yang merekodkan tiada pertambahan kes selama lebih dua minggu (15 hari) berturut-turut sejak 18 april lepas.

Menerusi laporan tersebut juga menunjukkan Tawau kekal berada di zon merah dengan merujuk kiraan kumulatif dan disenarai di zon kuning dengan merujuk pada kes aktif.

Untuk rekod, 95-peratus dari keseluruhan kes di Tawau terdiri dari kluster tabligh Seri Petaling, generasi pertama, kedua dan ketiga selain terdapat kluster ‘tabligh lain-lain’.

Manakala selebihnya iaitu empat kes lagi iaitu dua kes adalah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan satu kes sporadik dengan satu kontak.

Sementara itu, daerah Lahad Datu turut merekodkan tambahan empat orang sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh sebanyak 41 orang dan hanya berbaki dua pesakit yang masih dirawat di Hospital daerah berkenaan.

Dalam pada itu, daerah Semporna yang telah mencatatkan sifar kes sebelum ini kini merekodkan satu kes aktif apabila satu dari dua kes yang direkodkan di daerah tersebut dirawat semula.

SumbeR: Facebook BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *