Sabah Tidak Laksana PKPB Esok, Kekal PKP Hingga 12 Mei

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan membuka semula aktiviti dan sektor tertentu pada 4 Mei 2020 (esok) seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu.

Keputusan itu dikeluarkan hari ini melalui satu kenyataan oleh YAB Ketua Menteri Sabah:

1. Kerajaan Negeri pada hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintak Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan pada 01 Mei 2020 dan mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap 4 yang akan berakhir pada 12 Mei 2020.

2. Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus Covid-19.

3. Saya merayu rakyat untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap 4 yang sedang berkuatkuasa.

Semasa Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 Mei (Isnin).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *