122 Kes Baharu Termasuk 70 Kes Tempatan Dengan 2 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 122 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,298 kes setakat Ahad (03 Mei 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan Covid-19 yang berlangsung sebentar tadi.

Draipda 122 kes baharu, 52 kes merupakan kes import manakala 70 kes lagi merupakan kes penularan tempatan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua kes kematian baru  dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut seramai 105 orang.

SumbeR: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *