Covid-19: Sabah Sekali Lagi Sifar Kes, Satu Sembuh Hari Ini

KOTA KINABALU: Sabah hari ini sekali lagi mencatat sifar kes Covid-19 baharu dengan jumlah keseluruhan kes direkodkan kekal sebanyak 315.

Statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, dalam Facebook beliau sebentar tadi turut menunjukkan seoang lagi pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah setakat ini ialah sebanyak 252.

Perkembangan itu juga menjadikan jumlah kes Covid-19 aktif yang masih menerima rawatan di negeri ini menurun satu kes iaitu sebanyak 59 berbanding 60, semalam.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,518, Kuala Lumpur (1,278), Johor (667), Negeri Sembilan (521), dan Sarawak (518). – Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *