COVID-19: Labuan Kini Zon Hijau – CPRC KKM

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Wilayah Persekutuan Labuan kini kawasan kelima Zon Hijau atau sifar kes COVID-19 setakat 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM, hari ini, selain Labuan, empat negeri yang kini Zon Hijau ialah Perlis, Kedah dan Kelantan dan Perak.

Sehingga kini sebanyak 91 kawasan kini Zon Hijau manakala 58 daerah masih lagi mencatatkan kes aktif COVID-19, satu hingga 40 kes antaranya Gombak, 40 dan Petaling (38) di Selangor serta 31 kes di Seremban.

Sementara itu, lapan kawasan yang masih lagi Zon Merah ialah tiga daerah di Kuala Lumpur; dua daerah masing-masing Sarawak dan Johor dan satu di Selangor.

Daerah Zon Merah dengan kes aktif lebih 40 ialah kawasan Lembah Pantai (258), Kepong (84), dan Titiwangsa (74) di Kuala Lumpur; Kuching (143) dan Kota Samarahan (54), Sarawak; Kluang, 70 dan Johor Bahru, 46 di Johor serta Hulu Langat, Selangor (50).

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (satu hingga 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *