Institusi Pendidikan Terus Ditutup, Aktiviti Babit Perhimpunan Ramai Tidak Dibenarkan

 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen dan media sosial di Bangunan Perdana Putra. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua sekolah, kolej dan universiti masih belum boleh dibuka, selain semua aktiviti keagamaan membabitkan perhimpunan ramai.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa semua aktiviti riadah dan sukan membabitkan perhimpuan ramai seperti bola sepak juga masih tidak dibenarkan.

Katanya, senarai lengkap dan aktiviti yang dibenarkan dirujuk Majlis Keselamatan Nasional (MKN), senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes COVID-19

“Semua sektor perniagaan dan industri serta sosial beroperasi tertakluk peraturan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *