Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah Hari Ini, 10 Lagi Pulih

KOTA KINABALU: Kes Covid-19 aktif di Sabah menurun 10 kes lagi, hari ini, menjadikan jumlah pesakit jangkitan wabak itu yang masih menerima rawatan ketika ini seramai 60 orang berbanding 70 semalam.

Ia susulan seramai 10 lagi pesakit Covid-19 yang dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah seramai 251 orang.

Selain itu juga, tiada pertambahan kes baharu pada hari ini dengan jumlah keseluruhan kes di negeri ini kekal dengan 315 kes.

Jumlah kes yang dirawat semula juga masih kekal dengan tujuh kes, setakat ini.

Statistik terbaharu itu disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, dalam Facebook beliau, hari ini.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,455; Kuala Lumpur (1,264); Johor (666); Negeri Sembilan (513); dan Sarawak (509).- Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *