Aktiviti Ekonomi Dibuka Mulai 4 Mei

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat mulai 4 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu diambil selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data yang diperoleh.

“Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP ditetapkan kerajaan.

“Tetapi masih ada beberapa industri yang masih tidak dibenarkan beroperasi yang membabitkan perhimpunan ramai yang mana penjarakan sosial sukar dilakukan seperti panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri, karnival jualan termasuk semua bentuk acara sukan yang besar termasuk bola sepak,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, hari ini.

Beliau berkata, perjalanan pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk untuk sambutan Aidilfitri.

“Kebenaran perjalanan hanya diberi jika terdapat keperluan penting seperti SOP sebelum ini,” katanya.- Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *