300 Pelajar Tiba Di Sandakan Dikuarantin

Sebahagian penuntut yang terkandas di IPTA dan IPTS , Politeknik dan Kolej Komuniti mendaftar diri sebelum dihantar pulang ke kampung. Foto Aizuddin Saad

KOTA KINABALU: Seramai 300 pelajar Sabah yang pulang dari Semenanjung dimasukkan ke pusat kuarantin PPR Batu Putih, Sandakan sejurus tiba di Lapangan Terbang Sandakan, semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Christina Rundi, berkata pelajar berkenaan menaiki dua penerbangan AirAsia daripada Kuala Lumpur dan tiba di Sandakan masing-masing pada jam 6.05 petang dan 8.05 malam.

Sebahagian penuntut yang terkandas di IPTA dan IPTS , Politeknik dan Kolej Komuniti mendaftar diri sebelum dihantar pulang ke kampung.

“Setibanya di lapangan terbang, semua pelajar terus menaiki lori dan bas khas untuk di bawa ke pusat kuarantin kerana perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

“Kita berterima kasih kepada semua seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Perbandaran Sandakan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam membantu pengurusan pemindahan semua pelajar ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, beliau berkata terdapat dua kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Kota Kinabalu dan Beluran setakat semalam.

Pertambahan itu sekali gus menjadikan Sabah mencatatkan 315 kes COVID-19.

“Kedua-dua kes baharu ini dilaporkan terdiri dalam kalangan anggota kesihatan.

“Kes di Kota Kinabalu dikesan melalui aktiviti saringan bersasar di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), manakala kes membabitkan daerah Beluran dikesan menerusi pengesanan kontak untuk kes positif yang dilaporkan di daerah lain,” katanya.- Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *