Pemandu Maut Tersepit Selepas Dua Kenderaan Bertembung

Keadaan kereta mangsa yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan selepas bertembung dengan kereta pelbagai guna.

TUARAN: Seorang lelaki maut tersepit di dalam keretanya selepas terbabit kemalangan di Kampung Tambalang di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Sailin Jun berkata, kejadian jam 2.17 petang itu membabitkan pertembungan dua kenderaan masing-masing kereta kompak dan kenderaan pelbagai guna.

“Impak kemalangan menyebabkan pemandu di kereta kompak tersepit di bahagian pemandu dan anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan kebombaan.

“Mangsa dikenali sebagai Jeovintan Eyas, 42, yang berjaya dikeluarkan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya sambil menambah mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya operasi yang dikendalikan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran ditamatkan jam 2.13 petang. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *