Covid-19: Tawau, KK, Lahad Datu Kini Zon Kuning

KOTA KINABALU: Tiga zon merah jangkitan COVID-19 di Sabah iaitu Tawau, Kota Kinabalu dan Lahad Datu, kini turun kepada zon kuning, bagi kes aktif pandemik itu.

Zon Tawau dan Kota Kinabalu masing-masing, mencatatkan penurunan bilangan sebanyak 19 kes aktif, manakala Lahad Datu pula mencatatkan peningkatan satu kes dan menjadikannya sebanyak 10 kes aktif.

Zon kuning di Sabah pula membabitkan 13 daerah dengan kes aktif iaitu Tuaran (9); Kinabatangan (4); Sandakan (2); Keningau (16); Penampang (6); Beaufort (2); Putatan(3); Kota Belud (1) dan Ranau (1).

Sementara itu, bagi daerah Kunak, Sipitang, Tambunan, Semporna dan Papar tidak mencatatkan bilangan kes aktif, namun masih dikategorikan sebagai zon kuning.

Sebanyak sembilan daerah iaitu daerah Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod, Nabawan, Tenom dan Kuala Penyu mengekalkan rekod sebagai zon hijau.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes positif di Sabah mencatatkan pertambahan satu kes menjadikannya sebanyak 313 kes dan bilangan kes aktif pula menurun sebanyak 92 kes setakat semalam. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *