COVID-19: Amerika Syarikat Catat Sejuta Kes

Anggota Bomba New York memberi penghormatan kepada petugas kesihatan ketika kempen ‘Tepuk Kerana Kita Peduli’ di luar Mount Sinai Morningside Hospital, New York. – Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan sejuta kes COVID-19 pada Selasa, ketika kuasa besar dunia itu mahu mengambil langkah menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuka semula ekonominya.

Di sebalik kegembiraan ke atas kelonggaran berperingkat yang akan diambil, wujud kebimbangan mengenai peningkatan kes baharu selain kemelesetan ekonomi akibat wabak COVID-19.

AS yang mana berjuta-juta rakyatnya sudah hilang pekerjaan hilang, kini mencapai tahap mengerikan apabila mencatatkan 58,365 kematian, kehilangan nyawa yang lebih besar daripada yang dicatatkan oleh tentera AS dalam Perang Vietnam.

Peningkatan jumlah keseluruhan 1,010,77 kes COVID-19 dianggap bencana kesihatan awam di AS yang boleh mengancam peluang pemilihan Presiden Donald Trump.

Tetapi beberapa negara di Eropah pula dilaporkan berlaku penurunan jumlah jangkitan, dan pemerintah setiap negara terbabit mulai membuat perancangan untuk menarik semula penutupan ekonomi.

Di Perancis, pada Selasa berkata, kedai, pasar dan ada sekolah akan dibuka semula bulan depan, dengan arahan mewajibkan pemakaian topeng muka di pengangkutan awam manakala arahan kerja daripada rumah akan dikekalkan bagi beberapa minggu lagi.

Perdana Menteri, Edouard Phillipe bagaimanapun mengakui usaha mengembalikan semula kehidupan normal secara bertahap adalah ‘berisiko’

Sepanyol pula menjelaskan, sekatan akan ditarik balik secara perlahan dalam tempoh dua bulan lagi, manakala Itali akan membenarkan aktiviti rekreasi luar rumah dan menziarahi saudara mara minggu hadapan, dengan syarat memakai topeng muka dan tidak dibenarkan bersalam dan berpelukan.

Itali, Sepanyol dan Perancis adalah tiga negara di Eropah yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 apabila setiap negara merekodkan lebih 23,000 kematian.

Data kadar jangkitan di Jerman yang diawasi dengan teliti pula menunjukkan keputusan bercampur, selepas pentadbiran negara itu membenarkan beberapa kedai dalam sektor tertentu dibuka semula minggu lalu.

“Kita semua perlu berhati-hati supaya tidak mengalami lebih banyak jangkitan,” kata Presiden Institut Robert Koch (RKI), Lothar Wieler. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *