Bapa Rogol Anak Ketika Ibu Tiada Di Rumah Sejak 2012

Suspek ditahan polis selepas merogol dan mencabul anaknya.

JOGJAKARTA: Itu gelaran sesuai diberikan kepada lelaki yang mencabul dan merogol anaknya lebih 10 kali sejak 2012 di Sleman.

Lelaki itu ditahan pada Rabu lalu selepas kegiatannya dibongkar melalui perbualan WhatsApp mangsa dengan ibu saudaranya.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu bas melampiaskan nafsu terhadap anaknya sejak di sekolah rendah.

Portal Kompas melaporkan, suspek merogol mangsa antara 2012 hingga 2018.

Bagaimanapun, portal itu tidak mendedahkan usia sebenar suspek dan mangsa ketika kejadian berlaku.

Memetik pegawai polis Sleman, Bowo Susilo berkata, suspek mengaku melakukan perbuatan keji itu apabila bernafsu melihat anaknya.

“Dia pemandu bas, bila pulang terus melampiaskan nafsu terhadap anak.

“Pengakuan mangsa sudah lebih dari 10 kali (perbuatan keji),” kata Bowo.

Bowo berkata, perkara itu dibongkar selepas perbualan WhatsApp antara mangsa dengan ibu saudaranya.

“Mangsa memberitahu suspek selalu mencabul dan merogolnya ketika ibu tiada di rumah.

“Perbuatan keji itu juga dilakukan di dalam bilik suspek,” katanya.

Sementara itu, suspek mengaku melakukan aksi itu ketika rumah dalam keadaan sunyi.

“Kalau isteri pergi kerja kami lakukan di kamar dan ruang tamu,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *