8 Pelajar, 4 Wanita Antara Ditangkap Berjudi

Seramai lapan pelajar antara 20 individu yang diberkas kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. – Foto RTM

LAHAD DATU : Seramai lapan pelajar antara 20 individu yang diberkas kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini bermula 24 April hingga semalam.

Semua yang diberkas berusia 14 hingga 48 tahun iaitu 16 lelaki dan empat wanita.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, semua tangkapan dijalankan menerusi Op COVID-19 yang yang dilaksanakan ketika ini.

Duit bersama daun terup dirampas dalam serbuan tersebut.- Foto RTM

Katanya, tangkapan membabitkan pelajar itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Teck Guan pada 24 April lalu, kira-kira jam 10 malam.

“Keseluruhan individu yang ditahan dalam serbuan itu seramai 14 orang dan lapan adalah pelajar sekolah.

“Ketika serbuan mereka leka berjudi daun terup dan semua mereka turut didapati melanggar PKP,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nasri berkata, secara keseluruhan individu yang diberkas dalam tempoh sama turut memiliki pelbagai jenis pekerjaan antaranya pembantu kedai, peniaga, penjual ikan, buruh ladang dan penjual rokok.

“Antara alasan diberikan jumpa kawan, jumpa sepupu dan juga tangkapan kerana menjual rokok seludup yang melambung tinggi ketika ini.

“Dalam pada itu, terdapat juga suspek yang diberkas ketika berburu,” katanya.

Katanya, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) (No.3) 2020,” katanya.

SumbeR: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *