“Menangis Lagi…,” Setahun Tinggal Dalam Kebun Getah, Ebit Lew Carikan Rumah Sewa Buat Sekeluarga

Terbaru, satu perkongsian daripada laman Facebook Ustaz Ebit Lew yang menunjukkan bahawa beliau sedang membantu sebuah keluarga di Baling, Kedah undang sebak kepada warganet.

Menurut perkongsian tersebut, dia menyantuni keluarga yang telah setahun tinggal di dalam kebun getah. Keluarga tersebut juga dilaporkan mempunyai anak-anak yang masih kecil lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.

Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.

https://www.facebook.com/ebitlew/posts/2913613375423593?cft[0]=AZVSwMXQWWQaSs7JeHCYyYwgd1roLsWVQ3B7l14gmaRD7VWJLP8EHSLku_UInCnAEC1H5BOIRKVGd1s1fJKmnYrfdqsT4rlZLvhZoza5UTnW31JM0ImfHD9VWSIoaV_bBaFiba8n3OVRXE3aJz3-mmRj&tn=%2CO%2CP-R

Sumber: Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *