Covid-19: Hanya 2 Kes Dalam Rawatan Di Labuan

LABUAN: Labuan tinggal hanya ada dua lagi kes COVID-19 dalam rawatan (kes aktif), dan masih mengekalkan kes terendah dengan 16 kumulatif kes setakat ini.

Dengan ini, Labuan telah merekodkan 14 kes sembuh berbanding 16 kes keseluruhannya dan tiada pesakit dibawah rawatan unit penjagaan rapi (ICU).

Informasi ini dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Labuan dan dikongsikan dipelbagai platform media social (socmed) sejak semalam.

Labuan kini hanya ada dua pusat kuarantin iaiti di bangunan asrama Institut Latihan Perindustrian (ILP) berhadapan Hospital Labuan dan Pusat Giat Mara di Rancha-Rancha yang masing mempunyai kapasiti katil sebanyak 168 dan 125.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan ada menyatakan melihat kepada tren terkini dan bilangan pesakit di wilayah ini, berkemungkinan tidak ada keperluan untuk menambah pusat kuarantin seperti yang dicadangkan kepada empat sebelum ini.

Antara premis-premis yang telah dijadikan pusat kuarantin selain dirumah, Hospital Labuan dan pusat-pusat kuarantin adalah juga hotel-hotel bertaraf empat bintang, tiga bintang, dua bintang dan hotel-hotel lain.- BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *