5,460 Sampel COVID-19 Diuji Di Hospital Queen Elizabeth

KOTA KINABALU: Sebanyak 5,460 ujian sampel COVID-19 di negeri ini sudah dijalankan pasukan makmal Hospital Queen Elizabeth (HQE) sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Christina Rundi, berkata makmal di bawah seliaan Unit Patologi HQE itu berjaya mempertingkatkan keupayaan makmal untuk pengesanan COVID-19 sejak 30 Mac lalu.

“Perkembangan positif ini adalah susulan pengubahsuaian makmal kepada ruang kerja yang lebih luas, kondusif dan selamat untuk petugas makmal.

“Selain itu, bilangan kumulatif yang masih dalam pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah setakat kelmarin adalah 4,422 orang.

“Manakala 14,275 kotak rapat yang sudah menamatkan kuarantin di rumah bagi tempoh sama,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau menyatakan tiada sebarang peningkatan kes positif COVID-19 baharu direkodkan semalam, sekali gus meletakkan Sabah kekal dengan 311 kes.- BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *