Pergerakan Pulang Pelajar IPT Dibenarkan Bermula 27 April Dari 9 Malam Hingga 9 Pagi – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kelonggaran perjalanan pulang bagi pelajar-pelajar IPT yang berada di kampus.

“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pergerakan menghantar pulang pelajar bermula pada 27 April 2020 iaitu hari Isnin depan,” ujarnya.

Menerusi sidang media harian perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau menyatakan bahawa waktu perjalanan untuk menghantar pulang para pelajar yang terkandas dihadkan bermula daripada pukul 9 malam sehingga 9 pagi.

“Waktu perjalanan dihadkan bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan di waktu siang.

“Pergerakan adalah secara berperingkat-peringkat, dan ianya hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja,” katanya.

SumbeR: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *