Kes Covid-19 Di Indonesia Melonjak 8,211, 689 Kematian

Pasukan petugas kesihatan Indonesia mengambil sampel darah daripada orang ramai untuk saringan Covid-19 di Jakarta, semalam. Foto AFP BERNAMA

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 42 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu meningkat kepada 689 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif meningkat kepada 8,211 kes, iaitu tambahan 436 kes baharu.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 42 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah yang sembuh sehingga kini berjumlah 1,002 orang,” katanya.

Menurut Achmad Yurianto, 18,301 pesakit masih berada dalam pengawasan (patients under surveillance for Covid-19).

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *