Harga RON95, RON97 Kekal

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 25 April 2020 hingga 1 Mei 2020.

Harga runcit diesel pula turun tiga sen seliter kepada RM1.40 seliter berbanding RM1.43 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, memaklumkan harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *