TERKINI: PKP Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Sehingga 12 Mei – PM

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi, sehingga 12 Mei depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Fasa keempat PKP akan bermula pada 29 April ini dan berakhir pada 12 Mei 2020, sejurus fasa ketiga PKP tamat pada 28 April.

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu yang bermula pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

https://www.facebook.com/sabahpost/videos/647799649130558/?cft[0]=AZV0A7WNhpgPatT8EDalFGUV4YwaZ2gArUgxe4RK5ZBk_SjvsfVb9DVNtuhbJci7FW7MVr1vTNTY1Za9N8mduuTei__aG7byT10AyKjG-59aFtkq8B_OegAqqRgfsSJYwXWV9fKGcud_9cKRCHW2tFK4xQzgMiCPyjODpyVI5jFMVmjhprsvKPVR3AwBfUH4FeI&tn=%2CO%2CP-R

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *