MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Seluruh Malaysia Hingga 5 Petang Ini

Putrajaya, 23 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan kawasan di Malaysia sehingga jam 5 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang sebentar tadi merangkumi seluruh negeri PerlisKedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan Johor.

Sementara itu, ribut petir dijangka berlaku di beberapa bahagian di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Terengganu pula, ribut petir diramal melanda Besut, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman serta Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

MetMalaysia turut menjangkakan ribut petir di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang di Sarawak.

Kawasan di Sabah yang diramal terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *