Covid-19: Tawau 7 Sembuh, Baki 22 Kes Aktif Masih Dirawat

TAWAU; 23 APRIL 2020 (Khamis) – Tawau terus merekodkan penurunan kes aktif yang ketara selepas 7 lagi pesakit covid19 dilaporkan sembuh semalam, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih (discaj) 58 orang setakat semalam.

Sementara itu, Tawau kekal 81 kes keseluruhan dan tiada pertambahan kes baharu dilaporkan lima hari berturut-turut sejak 18 april lepas.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah mengeluarkan laporan harian melalui laman facebooknya semalam, statistik covid19 bagi negeri Sabah menunjukkan Tawau kini hanya berbaki 22 kes aktif dan masih dirawat di wad Hospital Tawau.

Menerusi laporan tersebut, hanya daerah Tawau sahaja mencatatkan rekod pertambahan pesakit telah sembuh.

anakala daerah Lahad Datu, jumlah kes setakat semalam juga kekal 42 kes dan rekod sembuh 33 orang dan hanya berbaki 9 kes aktif yang masih dalam pengawasan di Hospital daerah berkenaan.

Melalui laporan berkenaan juga menunjukkan Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu merupakan tiga daerah yang disenarai sebagai Zon Merah dengan jumlah kes kumulatif melebihi 41 kes positif covid-19.

Bagaimanapun, mengikut catatan penurunan kes aktif, Tawau yang hanya berbaki 22 kes aktif telah disenarai di zon jingga.

Manakala, pada kiraan penurunan kes aktif juga, daerah Lahad Datu berada di zon kuning dengan baki 9 kes aktif dan Kota Kinabalu kuning dengan baki 18 kes aktif.Sementara itu, bagi daerah Kunak, kes kekal 8 serta pesakit dilaporkan sembuh juga kekal 6 orang.

Berdasarkan laporan Pengarah Kesihatan Sabah bertarikh 13 april, sejarah kes aktif covid-19 di Tawau iaitu 95-peratus merupakan dari kluster tabligh Seri Petaling, generasi pertama, kedua dan ketiga Serta kluster ‘tabligh lain-lain’, manakala selebihnya iaitu 4 kes lagi, 2 kes mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan 1 kes sporadik dengan 1 kontak.

SumbeR: BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *