“Ada Mesyuarat Pagi Tadi Dengan PM..” PKP Lanjut Atau Tidak Mungkin Diketahui Malam Ini

Terdapat perbincangan yang dilakukan mengenai situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perdana Menteri pada pagi ini. (Rujuk minit video 20:00)

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, apa yang lebih penting adalah perbincangan lebih menjurus kepada enam kriteria oleh KKM sekiranya ingin menamatkan PKP seperti yang dilaporkan sebelum ini.

”Ya, kami melakukan perbincangan, mensyuarat pagi ini dengan Perdana Menteri, tetapi apa yang lebih penting kami berbincang mengenai enam kriteria oleh KKM,” kata beliau.

Jelas Dr Noor Hisham, dua perkara yang penting dalam mengawal Covid-19 di negara ini adalah melalui pengawalan sempadan dan PKP.

KKM secara asasnya akan menasihati Perdana Menteri berkaitan PKP berdasarkan kes jangkitan sebagai contoh kes harian yang dicatatkan di dalam negara.

”Kami masih memantau situasi secara rapat. Tapi apa yang lebih penting saya rasa adalah dua, iaitu pengawalan sempadan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

”Menamatkan PKP tidak bermakna pengawalan sempadan ditamatkan, malah kita perlu perketatkan lagi pengawan sempadan.

”Kami sebenarnya tidak mengetengahkan sama ada kami akan menyambung PKP atau tidak tetapi kriteria secara asasnya, kami melihat bagaimana kami boleh menasihati Perdana Menteri berkaitan PKP, berdasarkan kes sebagai contoh kes harian,” tambah beliau.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menyampaikan Perutusan Khas jam 8 malam ini dan berkemungkinan turut mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan selepas tamat fasa ketiga pada 28 April 2020 nanti.

Sumber; Sidang Media Perkembangan PKP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *