Sabah Hanya Buka Sektor Tertentu Jika PKP Tidak Dilanjutkan

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Tidak semua sektor industri di negeri ini akan dibenarkan beroperasi sekiranya fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 28 April depan tidak disambung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, hanya sektor penting seperti industri makanan kemungkinan besar dibenarkan beroperasi dengan amalan pencegahan kesihatan untuk memastikan bekalan makanan kepada rakyat mencukupi.

Katanya, Kerajaan Sabah belajar daripada pengalaman negara-negara lain seperti China yang sebelum ini memberi kelonggaran selepas mendapati jangkitan Covid-19 di negara itu semakin berkurangan, namun akibat kelonggaran itu berlaku gelombang baharu jangkitan.

“Bazar jangan diadakan kerana kita mesti ikut arahan yang telah ditetapkan jangan kita anggap bila sudah ditarik balik ini 100 peratus tidak, pasal kita dapat belajar daripada apa yang berlaku di negara-negara contoh di China, di SIngapura, bila berlaku tindakan dia katakan tren menunjukkan penurunan yang positif tetapi itu tidak bermakna kita boleh benarkan semua sistem beroperasi.

“Tetapi dalam pada itu kalau kita bagi keutamaan contohnya makanan, orang Sabah perlukan makanan setiap hari bukan satu kali, saya tahu puasa makan sekali tetapi kita tahu dia makan sarapan pagi dia buka puasa jadi maknanya manusia masih memerlukan makanan jadi ini merupakan sektor yang kita tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Likas petang ini.

Mengulas tentang pusat kuarantin itu, Ketua Menteri berkata, sebanyak RM2 juta dibelanjakan untuk memastikan keselesaan penghuni di situ dapat diutamakan dan mampu menempatkan seramai 180 pesakit dalam satu masa.

Kita gunakan dewan Kompleks Sukan Likas dan tempat ini telah kita ubah suai untuk memastikan dapat menempatkan hampir 180 pesakit dalam satu masa untuk membolehkan mereka kita boleh tempatkan dan rawat dalam masa yang telah ditentukan.

‘Di samping itu kita telah menyediakan kemudahan untuk pesakit kemudahan awam yang lain untuk membolehkan mereka beramal ada tempat surau, di samping itu kita juga menyediakan kemudahan untuk memboleh pegawai kesihatan doktor dan juga nurse kita sediakan tempat sesuai untuk membolehkan mereka dapat tunaikan tanggungjawab juga daripada segi tempat mereka rehat dan tidur,” katanya. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *