PKP: Boleh Tangguh Sambutan Aidifitri

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR: Umat ​​Islam harus menyambut Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan sambutan itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, selepas menjalankan ibadah puasa, umat Islam wajib menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal.

Menurut beliau, kita mesti makan dan menunaikan solat AidilFitri dengan cara yang disarankan kerajaan agar mematuhi PKP bagi memutuskan rantaian wabak Covld-19.

“Namun, cara sambutan itu perlu memadai dan mungkin tidak sama dengan perayaan lain dan lebih kepada tradisi,” katanya ketika ditemubual di Facebook, hari ini.

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, kira-kira empat hari sebelum PKP fasa ketiga tamat iaitu pada 28 April, manakala AidilFitri dijangka jatuh pada 24 Mei depan.

Terdahulu, kerajaan Indonesia memutuskan untuk menangguhkan cuti Aidilfitri pada 28 hingga 31 Mei ke Disember untuk menghentikan pergerakan rakyatnya pulang ke kampung ketika global berhadapan wabak pendemik berkenaan.

Zulkifli berkata, orang ramai harus menghadkan kunjungan antara satu sama lain semasa hari raya dengan mengadakan penjarakan sosial seperti yang dipraktikan semasa PKP.

Menurut beliau, kita juga boleh menangguhkan sambutan ini seperti mengadakan majlis rumah terbuka yang membabitkan jumlah pengunjung yang ramai.

“Keputusan kemungkinan penangguhan sambutan Hari Raya AidilFitri ketika PKP ini akan diputuskan melalui perbincangan Majlis Fatwa Nasional setelah mendapat pandangan para ulama,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *