17 Kes Positif Covid-19 Di Tuaran Berkait Kluster Sri Petaling

gambar hiasan

KOTA KINABALU: Sebanyak 17 daripada 22 kes positif yang dilaporkan di Tuaran terdiri daripada kluster perhimpunan tabligh Masjid Seri Petaling.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kesemua kes itu dikesan melalui analisa yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Christina Rundi

“Seramai 17 kes yang direkodkan setakat ini  adalah dalam kluster tabligh Seri Petaling di mana enam telah menghadiri perjumpaan, 10 kes adalah generasi pertama dan satu kes generasi kedua,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, terdapat satu kes anggota kesihatan dengan kontak serumah yang juga positif.

Tambahnya, manakala satu kes lagi disyaki mendapat jangkitan dari luar negara, satu kes sporadik dan satu kes lagi masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *