COVID-19: Tsunami ‘Mangsa’ Jika PKP Gagal – KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sekali lagi merayu rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah dan mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki minggu kedua.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook pada pagi ini, beliau menegaskan, kegagalan PKP bukan satu pilihan kerana jika tidak, negara akan berdepan gelombang ketiga penularan COVID-19.

“Gelombang yang seterusnya akan sebesar tsunami, terutama jika kita mempunyai sikap tidak acuh.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, tolong pandang serius PKP ini. Kekal selamat dan kekal di rumah,” katanya.

Dr Noor Hisham turut kongsikan pautan laporan media mengenai amaran beliau bahawa gelombang ketiga seakan tsunami penularan COVID-19 bakal berlaku sekiranya rakyat Malaysia tidak memainkan peranan masing-masing.

SumbeR: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *