3 Lelaki Lepak ‘Santai’ Minum Arak Ditahan Di Beaufort

Tiga lelaki yang ditahan kerana ingkar PKP melepak sambil minum arak di Beaufort.

BEAUFORT: Tiga lelaki sedang melepak ‘santai’ di belakang sebuah restoran sambil minum arak ditahan selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam tadi di Beaufort Jaya, Di Beaufort, semalam.

Bagaimanapun tindakan tiga lelaki berusia 23, 24 dan 26 tahun menerima padah apabila ditahan polis kira-kira jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, ketika ditahan dan diperiksa mereka gagal memberikan alasan yang munasabah berada di kawasan berkenaan.

“Semua suspek mengetahui akan PKP yang sedang dikuatkuasakan dan faham akan implikasi dan kesan sekiranya ingkar dengan PKP,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, akibat tindakan itu, ketiga-tiga suspek ditahan dan dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *