Shafie Tidak Mahu Budaya Rakyat Yang Terlalu Bergantung Bantuan Kerajaan

KOTA KINABALU: Budaya terlalu bergantung kepada bantuan tidak sepatutnya wujud dalam kalangan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan mahu membantu rakyat bagi memastikan Sabah diurus tadbir dengan sebaiknya.

Bagaimanapun katanya, bantuan yang disalurkan tidak sepatutnya membimbing rakyat kepada budaya terlalu bergantung kepada bantuan.

“Kita perlu mencipta budaya masyarakat yang ada keupayaan berdiri di atas kaki sendiri dalam kalangan rakyat Sabah terutama golongan muda.

“Kerajaan perlu sedar hakikat apa yang akan berlaku selepas COVID-19 kerana hasil negeri akan terbantut dan terkandas.

“Kita juga tidak mahu menjadi kerajaan yang hanya popular mengambil hati rakyat kerana apabila sampai masanya, kita perlu mengimbangi hasil yang ada dan hasil yang tertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (STAR-Tambunan) mengenai bantuan yang disalurkan kerajaan untuk menangani wabak COVID-19.

Menurutnya, kerajaan perlu memberikan bantuan tetapi bantuan berkenaan bukan untuk membimbing rakyat dengan budaya terlalu bergantung dari segi bantuan kerajaan.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *