47 Lagi Kematian Dalam Tempoh 24 Jam Di Indonesia

Sebanyak 47 lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam di Indonesia, menjadikan angka kematian kini berjumlah 582 kes. – foto sumber Facebook

JAKARTA: Sebanyak 47 lagi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam di Indonesia, menjadikan angka kematian kini berjumlah 582 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif juga terus meningkat kepada 6,575 kes.

“Bagi tempoh jam 12 tengah hari semalam sehingga jam 12 tengah hari ini, berlaku 47 lagi kematian dan tambahan kes positif baharu sebanyak 327 kes,” katanya.

Sebanyak 34 daripada 47 kematian dalam tempoh 24 jam itu berlaku di Provinsi Jakarta.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi iaitu 287 kes, diikuti Jawa Barat (59 kes), Jawa Timur (54), Jawa Tengah (44) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *