PKP: Sabah Lanjutkan Kebenaran Khas Perkhidmatan, Barangan Keperluan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melanjutkan kebenaran khas bagi perkhidmatan dan barangan perlu (essential goods and essential services) sehingga 28 April hadapan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, berkata bagaimanapun kebenaran beroperasi berkenaan haruslah mengikut tatacara pengoperasian yang sudah ditetapkan.

Safar Untong

“Salah satu ketetapan itu termasuklah semua pergerakan hanya antara jam 6 pagi hingga 6 petang sahaja setiap hari.

“Semua pergerakan dan pengangkutan ‘essential goods’ dan ‘essential services’ antara daerah adalah dibenarkan.

“Selain itu, bilangan pekerja dibenarkan di dalam sesebuah kenderaan perdagangan hendaklah tidak melebihi bilangan yang dinyatakan dalam permit,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Safar menyatakan kebenaran juga diberikan kepada semua peniaga kecil yang membawa barangan perlu seperti hasil pertanian, penternakan, perikanan dan hasil laut menggunakan kenderaan persendirian. – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *