COVID-19: 201 Kes Telah Pulih & Discaj Hospital Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 201 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital.

Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya meningkat kepada 2,967 orang atau 56.50% daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah tersebut juga menjadikan bilangan kes yang telah pulih yang telah discaj melebihi jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga KKM.

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *