Muka Budak Melecur Selepas Botol Hand Sanitizer Disambar Api

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun melecur teruk selepas botol hand sanitizer yang dipegangnya disambar api. 

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di Telukjambe, Indonesia, mangsa sebelum itu membawa botol tersebut berdekatan dengan tempat membakar sampah di kawasan rumahnya. 

Secara tidak langsung, api terus menyambar muka dan badan Ganjar, 3, sehingga melecur. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital tetapi ditolak dengan alasan darurat virus Covid-19. 

“Sedangkan kes Ganjar juga urgent kerana luka terbakarnya sangat serius,” kata sumber. 

Bagaimanapun, mangsa dibawa ke Hospital Mandaya Kerawang dan diberikan rawatan segera serta pembedahan kecemasan kerana kecederaannya yang amat parah. 

Ketika kejadian, bapa mangsa baru dua bulan bekerja di Tangerang sebagai penjaga kolam renang dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa. 

Bapa mangsa juga tidak dapat pulang kerana terpaksa akur dengan arahan perintah berkurung. 

Difahamkan, kos pembedahan mangsa menelan belanja 21 juta rupiah (RM5,770). Angka itu belum termasuk untuk membiayai rawatan lanjut dan perubatan. 

Meskipun kes itu merupakan kes terpencil, ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak kecil bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. 

Sumber: Kiki Henky Gunawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *