Bomba Selamatkan Budak Kaki Sangkut Dalam Lubang Tandas

Anggota bomba berusaha membantu mangsa. Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menahan kesakitan lebih dua jam selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas rumah keluarga di Pangsapuri Tanjung Aru, Kota Kinabalu, tengah hari tadi.

Kejadian itu berlaku apabila mangsa dikatakan hendak membuang air kecil sebelum tergelincir lalu kaki termasuk ke dalam lubang tandas.

Kejadian disedari keluarganya sebelum menghubungi bomba untuk bantuan, jam 12.52 tengah hari.

Anggota bomba berusaha membantu mangsa. Foto Ihsan Bomba

Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Zon Kota Kinabalu, Zico Mojib berkata, operasi menyelamat jam 12.59 tengah hari dijalankan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama EMRS BBP Lintas seramai 13 anggota.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran kerana kaki mangsa termasuk ke dalam lubang tandas dan tersangkut.

“Mangsa juga tidak dapat menahan kesakitan ketika operasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa.

“Pasukan bomba mengambil masa lama untuk mengelak kecederaan lebih serius. Mangsa dirawat oleh anggota Unit EMRS dan hanya cedera ringan.

“Operasi ditamatkan jam 3.38 petang,” katanya.- HMetro

Anggota bomba berusaha membantu mangsa. Foto Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *