KKM Sahkan 184 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 184 kes baharu yang dilaporkan melalui sidang media harian yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 4530 kes.

Daripada bacaan jumlah keseluruhan tersebut, terdapat 44.04.% telah sembuh bersamaan 1,995 pesakit. Dalam masa yang sama, terdapat 72 kes sedang dirawat di ICU termasuklah 38 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa, terdapat 3 kematian baharu dengan jumlah kumulatifnya adalah seramai 73 yang terkorban atau bacaan peratusan adalah 1.61%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *