COVID-19: 2,108 Maut Dalam 24 Jam Di AS

Anggota medik memindahkan mayat mangsa yang terkorban di sebuah hospital di New York.

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menjadi negara pertama mencatatkan lebih 2,000 kematian dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19.

Menurut perangkaan Johns Hopkins University dalam tempoh 24 jam lalu, AS merekodkan 2,108 kematian.

AS ketika ini merekodkan 18,586 kematian secara keseluruhan dan semakin menghampiri Itali yang ketika mencatatkan kematian paling tinggi 18,849 mangsa.

Hampir separuh daripada angka global dikesan di AS dengan 496,535 kes sehingga jam 8.30 malam (waktu tempatan) dengan peningkatan 35,098 kes dalam tempoh 24 jam. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *